Blog MGC SMK Taman Putri, Kulaijaya masih dalam pembinaan, Harap Maklum - Blogmaster|dcreativeStudio-hisham|

Portal Rasmi Jabatan Pelajaran Johor

http://www.moe.gov.my/jpnjohor/v6/index2.php

Portal Rasmi PPD Kulaijaya, Johor

http://kulaijaya.net/v2/

Pertandingan Blog Pendidikan

http://panitiaictsmktp.blogspot.com/2012/03/educational-blogging-contest-2012-hari.html

Showing posts with label Rosmawati Salleh. Show all posts
Showing posts with label Rosmawati Salleh. Show all posts

Wednesday, 4 July 2012

PAMERAN KERJAYA DAERAH KULAIJAYA 2012

Tahun ini SMK Taman Putri telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah untuk Pameran Kerjaya Peringkat Daerah Kulaijaya. Kami hanyalah sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan tempat untuk pameran tersebut dijalankan, sementara surat-menyurat dan urusan lain adalah di bawah tanggungjawab En. Mansor b. Otrhman, Penolong PPD Sektor Pembangunan Kemanusiaan, PPD Kulaijaya.
Semua sekolah menengah daerah Kulaijaya telah dijemput menghadiri pameran tersebut bagi memberi pendedahan kepada murid hala tuju mereka selepas SPM kelak. Walau bagaimana pun tidak banyak sekolah yang hadir kerana surat jemputan sampai lewat ke sekolah masing-masing.
Namun demikian, pameran tersebut berjalan lancar dan bertembah serinya apabila Datin Hajah Hasnah bt. Md. Sem, Pegawai Pelajaran daerah Kulaijaya sudi meluangkan masa hadir ke pameran tersebut. Beliau melawat pameran dan beramah mesra dengan pihak kolej yang mengambil bahagian pameran pada hari tersebut serta para pengunjung yang terdiri daripada murid-murid daerah Kulaijaya.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Jumpa lagi !
 Datin Hajah Hasnah, PPD Kulaijaya sedang bertanya sesuatu kepada wakil kolej yang menyertai pameran tersebut.
Murid-murid yang mengunjungi pameran kerjaya tidak melepaskan peluang mendapatkan maklumat daripada wakil kolej yang hadir.

Monday, 11 June 2012

SELAMAT DATANG RAKAN BARU..

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.
Selamat kembali ke sekolah setelah bercuti selama dua minggu. Semoga percutian yang lalu dapat membugar semula semangat kita untuk meneruskan tanggungjawab masing-masing.
Saya memulakan sesi penggal kedua persekolahan ini dengan perasaan gembira kerana akhirnya..saya menerima dua orang rakan kaunselor baru ; Cik Nur Nadia bt. Tukiman , 'fresh' dari UIAM dan Pn. Lee Lee Seang, berpindah dari SMK Taman Universiti. Semoga kehadiran mereka dapat memantapkan lagi Pengurusan dan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, SMK Taman Putri. Walau pun mempunyai personaliti yang berbeza, tetapi saya yakin kami mempunyai kekuatan masing-masing dan akan lengkap melengkapi kekurangan yang ada antara kami.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak JPNJ dan PPD Kulai yang amat prihatin dengan keperluan di sekolah ini. Juga "Selamat datang" kepada Cik Nadia dan Pn. Lee ; semoga selesa dan gembira di sekolah ini.

Cik Nur Nadia                                                       Pn. Lee Lee Seang

                                                      
    

Wednesday, 6 June 2012

Buatlah Pilihan Yang Tepat..

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia
Saya melihat bulan Mei yang berlalu sebagai bulan yang sibuk bagi lepasan SPM 2011. Maklumlah masing-masing berkira-kira untuk mengatur langkah meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Bagi yang memperoleh keputusan yang cemerlang pastinya teragak-agak untuk memilih program yang terbaik untuk diikuti. Program matrikulasi di Kolej Matrikulasi KPM, program asasi atau diploma di IPTA, program perguruan di institut perguruan atau pun program persediaan ke luar negara. Ada juga pelajar yang memilih ke tingkatan 6 atau pun mengikuti program di IPTS.
Saya hanya ingin mengingatkan agar anda membuat pilihan yang tepat. Saya dihujani panggilan daripada pelajar lepasan SPM dan ibu bapa yang inginkan kepastian program manakah yang terbaik. Biasanya saya hanya memberikan pendapat berdasarkan minat pelajar, pasaran kerja, kos pengajian dan bantuan kewangan yang boleh dipohon. Kemudian, terpulang kepada pelajar untuk berbincang dengan ibu bapa mereka keputusan yang akan diambil.
Bagi yang mendapat keputusan SPM yang kurang memberangsangkan anda tidak boleh berdiam diri. Anda boleh mengulang SPM sekali lagi atau memohon kursus kemahiran untuk kelangsungan hidup pada masa hadapan. Ramai lepasan institut kemahiran yang berjaya di alam pekerjaan kerana pasaran kerja sangat memerlukan mereka. Ingat, kerajaan sangat prihatin dengan masa hadapan rakyatnya dan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan kewangan untuk tujuan itu..Tepuk dada tanya selera !
                                                    
Saya menghadiri taklimat untuk ibu bapa semasa pendaftaran pelajar
ambilan 2012 di Kolej Matirkulasi Melaka pada 28 Mei 2012.