Blog MGC SMK Taman Putri, Kulaijaya masih dalam pembinaan, Harap Maklum - Blogmaster|dcreativeStudio-hisham|

Sunday 10 June 2012

JENDELA HATI LUKISAN KEJURUTERAAN

Jendela Hati
Lukisan Kejuruteraan
Oleh
Rosnah binti Othman

Dalam tautan dan kemesraan ini
Tetap ada kesungguhan untuk menggengam kejayaan dan kecemerlangan

*************************
Pepatah Penuh Kebijaksanaan Menyatakan…
Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama. 
Begitu ramai yang mahu memulakan langkah pertama…
 tetapi hanya segelintir sahaja yang gigih menamatkannya dengan kejayaan cemerlang.
Kejayaan Oh Kejayaan
Wahai diri ini
Juga  insan-insan yang membuka ruang ingin mengerti
Begitulah ketinggian nilai kejayaan
Yang diuliti nilai-nilai kebahagiaan  serta keindahan

Kejayaan itu..
 Pasti mendambakan pengorbanan
Bersulam perjuangan
Serta Kegigihan

Adakalanya kita dicabar dan tercabar
Oleh kegagalan demi kegagalan
Juga kepedihan
Mungkin juga  tangisan demi tangisan

Namun
Yakin dan percayalah..
Wahai diri ini
Juga  insan-insan yang membuka ruang ingin mengerti

Kejayaan abadi yang penuh bererti itu
Pasti hadir
Selagi kita memiliki nilai keikhlasan
Dalam memburu kejayaan
Kerana sesungguhnya
Kejayaan itu milik Ilahi
Sebenarnya….

Inilah Sebuah Bingkisan
Oleh seorang yang ingin bergelar pendidik
Untuk diri sendiri
Juga insan-insan yang  ingin mengerti
Sehingga keakhir hayatnya


Rosnah Othman
Jun 2012

0 comments:

Post a Comment