Blog MGC SMK Taman Putri, Kulaijaya masih dalam pembinaan, Harap Maklum - Blogmaster|dcreativeStudio-hisham|

Wednesday 6 June 2012

Buatlah Pilihan Yang Tepat..

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia
Saya melihat bulan Mei yang berlalu sebagai bulan yang sibuk bagi lepasan SPM 2011. Maklumlah masing-masing berkira-kira untuk mengatur langkah meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Bagi yang memperoleh keputusan yang cemerlang pastinya teragak-agak untuk memilih program yang terbaik untuk diikuti. Program matrikulasi di Kolej Matrikulasi KPM, program asasi atau diploma di IPTA, program perguruan di institut perguruan atau pun program persediaan ke luar negara. Ada juga pelajar yang memilih ke tingkatan 6 atau pun mengikuti program di IPTS.
Saya hanya ingin mengingatkan agar anda membuat pilihan yang tepat. Saya dihujani panggilan daripada pelajar lepasan SPM dan ibu bapa yang inginkan kepastian program manakah yang terbaik. Biasanya saya hanya memberikan pendapat berdasarkan minat pelajar, pasaran kerja, kos pengajian dan bantuan kewangan yang boleh dipohon. Kemudian, terpulang kepada pelajar untuk berbincang dengan ibu bapa mereka keputusan yang akan diambil.

Bagi yang mendapat keputusan SPM yang kurang memberangsangkan anda tidak boleh berdiam diri. Anda boleh mengulang SPM sekali lagi atau memohon kursus kemahiran untuk kelangsungan hidup pada masa hadapan. Ramai lepasan institut kemahiran yang berjaya di alam pekerjaan kerana pasaran kerja sangat memerlukan mereka. Ingat, kerajaan sangat prihatin dengan masa hadapan rakyatnya dan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan kewangan untuk tujuan itu..Tepuk dada tanya selera !
                                                    
Saya menghadiri taklimat untuk ibu bapa semasa pendaftaran pelajar
ambilan 2012 di Kolej Matirkulasi Melaka pada 28 Mei 2012.

0 comments:

Post a Comment