Blog MGC SMK Taman Putri, Kulaijaya masih dalam pembinaan, Harap Maklum - Blogmaster|dcreativeStudio-hisham|

Friday 25 May 2012

Menyahut Cabaran Olympiad Matematik Kebangsaan 2012

Assalamualaikum dan selamat bercuti buat semua Warga SMKTP !!! Sebagai berita sulung untuk blog MGC ini, panitia Matematik ingin berkongsi berita gembira....bahawa tahun ini sekolah kita akan menyahut cabaran Olympiad Matematik Kebangsaan anjuran Persama.org (Persatuan Sains dan Matematik Malaysia) yang akan berlangsung pada 7 Julai nanti.

Pasukan Olympiad Matematik SMK Taman Putri

Penyertaan tahun pertama ini bertujuan mengutip pengalaman. Kita akan menghantar 2 pasukan untuk kategori Pasukan Muda (Ting 4) dan Pasukan Sulong (Ting 5). 8 genius matematik telahpun dipilih dan mula menjalani persediaan latihan soalan olimpiad mulai cuti ini .Buat semua warga SMKTP doakan kemenangan pasukan kita nanti !!!

2 comments: